Sunday, May 9, 2010

Creamcheese brownies


Dashyat sekali hari ini.......sampai 2 n3 sekali .......sepatutnye dah lama kene post entry ni but it seems like today is the best day to do it ...then i'll do it.Firstly ...harini Danial dah dihantar ke sekolah sejak pukul 10 pagi tadi sebab die ada maths remedial class....dan Alia pulak tak perlu ke sekolah sebab petang ni ada parent and teacher meeting .So i am basically ade loads of free time.So kat bawah ni is the recipe for creamcheese brownies...kene post the recipe today cos i need to return the recipe book to the library tomorrow:)

Bahan A: 3/4 cup tepung gandum

1/2 suduteh baking powder

1/2 suduteh garam halus

1/2 cawan butter

1 cawan gula halus

2 biji telur

3 oz bitter or semisweet chocolate(melted)

1/2 cup almond slices

1/2 suduteh esen vanilla

cara-caranya:pukul mentega dan gula sehingga kembang. masukkan telur sebiji demi sebiji. masukkan esenvanilla dan choclate yang telah dicairkan dan masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan garam tadi .Set aside.


Bahan B:satu 8 oz package creamcheese( at room temperature)

1/3 cawan gula halus

1 biji telur

1/2 suduteh esen vanilla

cara-caranya: pukul semua bahan B di atas sehingga sebati.And do not overmix.

masukkan adunan A ke dalam acuan 8x8 inci yang telah dilenser dengan mentega.masukkan sebahagian sahaja.....diikuti dengan semua adunan creamcheese.selepas itu tuangkan adunan A yang selebihnya diatas adunan creamcheese.Tabur dengan almond slices. bakar pada suhu 180 darjah celciusselama 50minit atau masak.Sejukkan dahulu sebelm dimasukkan ke dalam peti sejuk because it taste nicer after spending a few hours in the fridge.kalau dah tak sabar nak rasa boleh makan selepas brownies sejuk.....Selamat mencuba:-)

Happy Mothers Day dan yang sewaktu dengan nye:)

H i guys....it's been a LONGGGGGGGGGG while since my last entry.......nothing new just bz as usual ...since i'm all in one mom who has to do everything from A to Z.Bz with the kids exam,bz with housework yg tak pernah tak ade ......dll. Even during mother's day pun tetap bz. What mother's day ? ....hahahahahahahah.....still need to cook n clean during that 1 special day.Personally kaklong lebih suka kalau mother's day falls on weekdays...jd dapatla berehat bila all the kids kat sekolah ......but anyway tq for all the wishes i received on fb n sms.
Dulu masa masih budak-budak dan masih lagi nakal ,.kaklong teringat yang kaklong ni sentiasa melawan n membantah cakap mak.Biasala kan....rasanya masa tu apa yang mak kita cakap semuanya tak betul ....kita selalu ingat diri kita jer yang betul.Kita selalu rasa mak tak pernah sayang kat kita hanya kerana die tak ikutkan gelagat dan kemahuan kita.Kita selalu rasa mak selalu lebih kan adik- beradik yang lain .But the truth is.........that it is not true at all. Bila kita jadi mak dan melalui apa yang mak kita pernah rasa semasa membesarkan kita dulu barulah kita tahu dan faham kenapa mak bersikap demikian terhadap kita.
Baru kita rasa macamana sedih nya hati seorang ibu ...kalau anak-anak tak mendengar kata....kalau anak-anak melawan cakap kita.......dan sebagainya .Baru kita tahu selama ini mak atau ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak nya dan kalau boleh tidak mahu anak-anak nya membuat kesilapan dalam mencari arah tujuan hidup.Danial dan Hafiz especially selalu tanya(Alia can't do that cos she 's not able to do that).......mama.....kenapa mama selalu marah kita?....n every time i always give them the same answer...........because i love u........that's why . I don't want u to make silly mistakes that you will regret for the rest of ur life.......n i always want the best for you so u could have a better life than mine .All i need from u guys rite now are to study hard and be good to me and every body .Thats all and i'll be happy.:-).......dan yang paling penting sekali bila mama dah takde jangan abaikan Alia.........she's ur responsibility......no question asked....u guys just have to do it :-)

Thursday, April 22, 2010

Blueberry cheese tart




Salam sayang semua.......dah lama rasanye tak buat n3 tentang masakan dan kuih-muih .So hari ni sebab ade banyak masa terluang Kaklong nak kongsi resepi.Blueberry cheese tart yang Kaklong buat hari minggu lalu (lambat nye upload).Resepinya ringkas, agak senang dan kalau Kaklong boleh buat ....uols pun boleh ...kan:).Ni 1st time kaklong buat cheesetart ni.....dulu pernah buat tart ...tapi kuih tart nenas je la.Memamg dah lama nak buat sebab bahan semua dah siap ada kat rumah......dan sebab lagi satu ialah kaklong nak guna acuan tart yang kaklong kirim kat adik yang tinggal di Kedah.Jauh nya acuan ni datang ...dari Kedah sampai Spore dan yang paling penting resepi ni kaklong ambil dari kotak tepung MFM di atas:)

Bahan-bahannya:(untuk pastry)

200g MFM superfine flour( nak guna tepung gandum pun boleh jugak)

100g butter

60g icing sugar

1 biji telur(dipukul sedikit)

secubit garam
blueberry filling (kaklong pakai St. Dalfour blueberry jam jer )


Bahan-bahan untuk cheese filling:

250g cheesecream

6Og icing sugar atau boleh guna gula halus

100ml/50g whipping cream

25g cornflour

2biji telur

1 sudukecil esen lemon

1 sudukecil esen vanilla


Cara-caranya:

Untuk pastry, pukul mentega ,icing sugar dan garam sehingga ringan.Perlahan-lahan masukkan telur yang telah dipukul.Masukkan tepung sehingga bancuhan menjadi doh yang lembut.JANGAN tambah tepung!.......Masukkan doh tadi kedalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.Panaskan oven pada suhu 180 Celcius.Sapu acuan dengan mentega atau margerin,.......ambil sedikit doh bergantung kepada saiz acuan yang anda gunakan ....dan tekankan ke dalam acuan.Cucukkan dasar pastry dengan garpu dan bakar selama 15 ke 20 minit sehingga pastry masak.Ketepikan dan biar sejuk.


Cara-cara membuat cheese filling:

Pukul creamcheese,gula,esen lemon,esen vanila...se hingga gebu.Masukkan whipping cream ,cornflour dan diikutu dengan telur sebiji demi sebiji.Sudukan cheese filling ke dalam kulit tart , letakkan sedikit blueberry filling/jam dan gunakan lidi satay untuk buat swirl pada filling.Bakar pada suhu 180 Celcius selama 15 minit.Setelah masak sejukkan dahulu sebelum di masukkan kedaklam peti sejuk.......Selamat mencuba dan Enjoy:)



Monday, April 19, 2010

PROMO BLOG








Hai salam sejahtera semua........intro macam cikgu masuk kelas jer...heheheheh.Mintak maaf banyak2 sebab dah lama tak post n3........keje belambak .....kekadang jadi cikgu,kekadang jadi driver ,kekadang jadi laundry mart dan macam-macam lagi lah.Ini pon terpaksa memaksa kan diri untuk buat n3,sebab ada lah sorang adik tu yg buat promo blog kaklong.Terima kasih banyak2 kat beautiful disaster .....adik kesayangan ku:)


Sebenarnya kaklong ni bz bukan nya apa ...saja menggatal sibuk beli kain ela untuk buat jualan.Saja nak try test market.Kalau bagus ON,...kalau tak balik kampung tanam jagung.Btw...dah terlangsung kaklong cakap pasal kain ela .......korang jamu mata la sekejap yer. Kalau ade yang berkenan .........email me K:) e mail add: aini_334@hotmail.com.

Sunday, March 28, 2010


Last friday ,Hafiz ,anak kaklong yang sulung dapat IC.Pink IC.Tapi mak die blue IC.Sebabnye?Actually, kaklong ni orang Malaysia.Dah bermastatutin di Singapore sejak kahwin,sejak tahun 1994.Hampir 16 tahun jadi pendatang halal.Suami dan anak-anak semuanya Singaporean.Walaupun dah lama jadi PR, kaklong tak berhasrat nak tukar kerakyatan.Suami pun tak menggalakkan.Kalau dah jadi rakyat Singapura ,alamat tak dapatlah simpan duit di ASB,nak beli rumah atau tanah pun tak dapat la harga bumiputera dan lagi satu impian kaklong bila dah antik nanti, kaklong teringin nak duduk di kampung.Itulah sebab-sebabnya.Dapat pulak lampu hijau dari cik abang......apalagi....ALHAMDULILLAH.

Hujung minggu pun kami sekeluarga tak ke mana-mana.Duduk rumah aje.Suami pulak komplain....katanye kaklong dah lama tak masak rendang la,nasi ayam la ,nasi beriyani la.....dan macam-macam la lagi.So sebab kaklong ni isteri mithali (yea rite)........kaklong tunaikan lah impian hubby .Bukan nya apa ...takut kempunan pulak nanti...sendiri yang menyesal nanti.So hari Sabtu masak rendang daging dan hari Ahad......jamu nasi ayam.Sebenarnya bila memasak kaklong jarang sukat bahan-bahan dgn betul, selalu main agak-agak dan campak-campak......so minta maaf la yea.....but I try my best untuk bagi sukatan yang betul:)SO HERE GOES;


Rendang Daging

bahan-bahannya;

1 kilo daging

15 ulas bawang kecil(kalau guna bawang besar pakai 2 biji yea)

5 ulas bawang putih

15-20 tangkai cili kering

10 biji cili padi

1inci halia

2 inci kunyit hidup

4-5 batang serai

2 inci lengkuas

2 kotak santan (atau santan dr 2 biji kelapa)

sedikit air

kerisik

ladahitam

garam

gula

bunga cengkih,bunga lawang ,kayu manis sedikit

5 helai daun limau purut

1 helai daun kunyit


cara-caranya;

Potong daging ikut saiz yang anda suka.Blender bawang,cili,kunyit,serai dan halia,lengkuas jgn dimesin tp cukup di ketuk sahaja.Panaskan minyak dan tumis bunga cengkih,bunga lawang dan kayu manis.masukkan bahan-bahan yang telah di blender tadi dan tumis hingga naik bau.M asukkan daging dan biarkan dalam 10 minit.masukkan sedikit airdalam anggaran 1 cawan dan biarka sebentarkan.Kemudian masukkan santan diikuti garam ,gula dan lada hitam.Biarkan mendidih.Setelah kuah agak pekat , masukkan kerisik diikuti dengan daun limau purut dan daun kunyit.Masak sehingga naik minyak dan daging empuk.

Wednesday, March 24, 2010


At last i did it........having my own blog........dah lama nak ada blog sendiri ....tapi tak tau macam mana nak make the first move.Sebelum ini aktiviti harian kaklong is to blog hopping........and that's how i teruja nak ada blog sendiri......BUT WHAT TO WRITE?.....Well for starters.......let me tell u about myself....
I am a stay @ home mum with 3 kids n a hubby on tow........macam tow truck pulak kan:).And i love to cook n bake for my loved ones.......walaupun hubby kaklong jarang makan kek-kek yang kaklong buat kecuali kek marble dan chocolate chip cookies......i still love to bake .....@least ada la anak-anak yang suka mencuba.Tapi budak-budak kat rumah ni kalau kek atau biskut yang ade coklat di dalam nye.......memang cepat diorang bedal tapi kalau yang tak berapa sesuai dengan selera diaorang........memang kaklong la yg jadi tukang makan nye.No wonder la semakin kembang:)So anyway harini sebagai permulaan kaklong nak kongsi satu resepi yang memang menjadi favourite di rumah kami:CHOCOLATE CHIP COOKIES




Ingredients:185 gram butter

1/4 cup brown sugar

1/2 cup fine sugar(gula halus la yer:)

1 teaspoon vanilla essence

1 egg

1 tablespoon horlick

1 3/4 self raising flour

1 cup chocolate chips( i use hershey's)

1 cup nuts of ur choice(tepuk dada tanya selera)


Method:Pukul mentega dan kedua-dua jenis gula......masukkan vanilla dan telur dan horlick.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan chocolate chip dan kekacang.....

Gaul rata.Adunan agak lembut....biarkan begitu ...tak perlu tambah tepung.masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan simpan selama 1 jam.....keluarkan adunan dari peti sejuk dan biarkan ia lembut sedikit...supaya mudah dibentuk.....gunakan 2 sudu kecil untuk membentuk biskut ini.Kemudian bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu....160 darjah C

selama 15 ke 20 minit atau sehingga warna biskut menjadi golden brown.Selamat mencuba:)