Sunday, March 28, 2010


Last friday ,Hafiz ,anak kaklong yang sulung dapat IC.Pink IC.Tapi mak die blue IC.Sebabnye?Actually, kaklong ni orang Malaysia.Dah bermastatutin di Singapore sejak kahwin,sejak tahun 1994.Hampir 16 tahun jadi pendatang halal.Suami dan anak-anak semuanya Singaporean.Walaupun dah lama jadi PR, kaklong tak berhasrat nak tukar kerakyatan.Suami pun tak menggalakkan.Kalau dah jadi rakyat Singapura ,alamat tak dapatlah simpan duit di ASB,nak beli rumah atau tanah pun tak dapat la harga bumiputera dan lagi satu impian kaklong bila dah antik nanti, kaklong teringin nak duduk di kampung.Itulah sebab-sebabnya.Dapat pulak lampu hijau dari cik abang......apalagi....ALHAMDULILLAH.

Hujung minggu pun kami sekeluarga tak ke mana-mana.Duduk rumah aje.Suami pulak komplain....katanye kaklong dah lama tak masak rendang la,nasi ayam la ,nasi beriyani la.....dan macam-macam la lagi.So sebab kaklong ni isteri mithali (yea rite)........kaklong tunaikan lah impian hubby .Bukan nya apa ...takut kempunan pulak nanti...sendiri yang menyesal nanti.So hari Sabtu masak rendang daging dan hari Ahad......jamu nasi ayam.Sebenarnya bila memasak kaklong jarang sukat bahan-bahan dgn betul, selalu main agak-agak dan campak-campak......so minta maaf la yea.....but I try my best untuk bagi sukatan yang betul:)SO HERE GOES;


Rendang Daging

bahan-bahannya;

1 kilo daging

15 ulas bawang kecil(kalau guna bawang besar pakai 2 biji yea)

5 ulas bawang putih

15-20 tangkai cili kering

10 biji cili padi

1inci halia

2 inci kunyit hidup

4-5 batang serai

2 inci lengkuas

2 kotak santan (atau santan dr 2 biji kelapa)

sedikit air

kerisik

ladahitam

garam

gula

bunga cengkih,bunga lawang ,kayu manis sedikit

5 helai daun limau purut

1 helai daun kunyit


cara-caranya;

Potong daging ikut saiz yang anda suka.Blender bawang,cili,kunyit,serai dan halia,lengkuas jgn dimesin tp cukup di ketuk sahaja.Panaskan minyak dan tumis bunga cengkih,bunga lawang dan kayu manis.masukkan bahan-bahan yang telah di blender tadi dan tumis hingga naik bau.M asukkan daging dan biarkan dalam 10 minit.masukkan sedikit airdalam anggaran 1 cawan dan biarka sebentarkan.Kemudian masukkan santan diikuti garam ,gula dan lada hitam.Biarkan mendidih.Setelah kuah agak pekat , masukkan kerisik diikuti dengan daun limau purut dan daun kunyit.Masak sehingga naik minyak dan daging empuk.

Wednesday, March 24, 2010


At last i did it........having my own blog........dah lama nak ada blog sendiri ....tapi tak tau macam mana nak make the first move.Sebelum ini aktiviti harian kaklong is to blog hopping........and that's how i teruja nak ada blog sendiri......BUT WHAT TO WRITE?.....Well for starters.......let me tell u about myself....
I am a stay @ home mum with 3 kids n a hubby on tow........macam tow truck pulak kan:).And i love to cook n bake for my loved ones.......walaupun hubby kaklong jarang makan kek-kek yang kaklong buat kecuali kek marble dan chocolate chip cookies......i still love to bake .....@least ada la anak-anak yang suka mencuba.Tapi budak-budak kat rumah ni kalau kek atau biskut yang ade coklat di dalam nye.......memang cepat diorang bedal tapi kalau yang tak berapa sesuai dengan selera diaorang........memang kaklong la yg jadi tukang makan nye.No wonder la semakin kembang:)So anyway harini sebagai permulaan kaklong nak kongsi satu resepi yang memang menjadi favourite di rumah kami:CHOCOLATE CHIP COOKIES




Ingredients:185 gram butter

1/4 cup brown sugar

1/2 cup fine sugar(gula halus la yer:)

1 teaspoon vanilla essence

1 egg

1 tablespoon horlick

1 3/4 self raising flour

1 cup chocolate chips( i use hershey's)

1 cup nuts of ur choice(tepuk dada tanya selera)


Method:Pukul mentega dan kedua-dua jenis gula......masukkan vanilla dan telur dan horlick.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan chocolate chip dan kekacang.....

Gaul rata.Adunan agak lembut....biarkan begitu ...tak perlu tambah tepung.masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan simpan selama 1 jam.....keluarkan adunan dari peti sejuk dan biarkan ia lembut sedikit...supaya mudah dibentuk.....gunakan 2 sudu kecil untuk membentuk biskut ini.Kemudian bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu....160 darjah C

selama 15 ke 20 minit atau sehingga warna biskut menjadi golden brown.Selamat mencuba:)